Monday, March 6, 2017

Kerja Kosong Kementrian Pendidikan Tinggi Tarikh Tutup 31 Januari 2017

Iklan Kerja Kosong Kementrian Pendidikan Tinggi- Berikutan rombakan Kabinet Persekutuan pada 28 Julai 2015 (Selasa) menerusi satu sidang media khas oleh YAB Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diwujudkan semula dengan rasminya bersesuaian dengan peruntukan Akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.  
Kerja Kosong Kementrian
Kerja Kosong Kementrian
KPT berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan juga kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan menjana para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.
KPT membuka peluang Kerja Kosong Seperti berikut ini :-

Kerja Kosong Kementrian Pendidikan Tinggi Tarikh Tutup 31 Januari 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam  Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengisi jawatan di Pejabat Pengurusan Program (PMO), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  • KETUA PROGRAM GRED 54 (TERBUKA), PMO, KPT
  • PENOLONG KETUA PROGRAM GRED 48 (TERBUKA), PMO, KPT 
Klasifikasi:Terbuka
  • Gred: 48/54
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Taraf  Jawatan: Pertukaran Sementara/ Peminjaman
  • Tempoh:2 Tahun
  • Kaedah Pengisian:Pertukaran sementara/ peminjaman pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan
  • Insentif Tambahan: RM450 hingga RM500 (mengikut gred hakiki calon)

Penempatan

Kementerian Pendidikan Tinggi
Pejabat Pengurusan Program (PMO)
Aras 11, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA

SYARAT-SYARAT UMUM

  • Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
  • dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  • mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% dan ke atas bagi tempoh genap tiga (3) tahun berturut-turut (2013, 2014 dan 2015) dalam skim perkhidmatan terkini;
  • bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
  • pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
  • memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
  • memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

 SYARAT-SYARAT KHUSUS

  • Ketua Program Gred 54 (Terbuka): terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 51/52 hingga Gred 53/54 atau setaraf
  • Ketua Program Gred 48 (Terbuka): terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 43/44 hingga Gred 47/48 atau setaraf

CARA PERMOHONAN

  • Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan dan resume/ cv secara atas talian melalui pautan berikut: https://www.cognitoforms.com/PMOKPT/BORANGPERMOHONAN
  • Tarikh tutup permohonan : 15 April 2016
  • Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh Kementerian ini bagi sesi temuduga.
  • Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Encik Nor Fauzan Bin Daud (03-88705212) atau Puan Darina Binti Hashim (03-88705218) di Unit Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  • Muat turun Iklan peluang Jawatan Pengisian Secara Pertukaran Sementara/ Peminjaman di atas:Iklan Jawatan Kosong di PMO, KPT (166 KB)
Untuk Informasi lebih detail sila kunjungi laman berikut ini :  Kerja Kosong kementrian Pendidikan Tinggi

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon