Sunday, March 5, 2017

Kerja Kosong TERBARU KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 24 MAC 2017

Kerja Kosong terkini Kementrian Pendidikan Malaysia 2017. Iklan Jawatanya terkini datang dari Kementrian Pendidikan Malaysia yang dibuka hingga 28 Ogos 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
  1. melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  2. melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  3. menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  4. memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Kerja Kosong Terkini Kementrian Pendidikan malaysia. Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan Menteri I Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri II Dato' Seri Idris Jusoh.
Kerja Kosong Terkini MOE 2017
Kerja Kosong Terkini MOE 2017

Kerja Kosong TERBARU KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 24 MAC 2017



Kerja Kosong kerajaan terkini di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) Oktober 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang Kerja Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) sebagai :
Kerja Kosong TERBARU KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 24 MAC 2017
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang:

  1. Penerbitan (Bahasa Melayu)
  2. Penerbitan (Pendidikan Seni Visual)
  3. Penerbitan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

SYARAT KELAYAKAN UMUM KERJA KOSONG KEMENTRIAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34/DG41/DG42/DG44(KUP) yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan
  3. Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah
  4. Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik untuk tiga tahun terakhir
  5. Mahir menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)

SYARAT KELAYAKAN KHUSUS JAWATAN

Penerbitan (Bahasa Melayu)
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Melayu atau yang berkaitan. 
  • Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
  • rendah.
Penerbitan (Pendidikan Seni Visual)
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Seni Visual atau yang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah rendah atau menengah.
Penerbitan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
  1. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
  2. Teknologi Maklumat/Sains Komputer atau yang berkaitan.
  3. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan dengan teknologi maklumat di sekolah rendah atau menengah adalah satu kelebihan

CARA PERMOHONAN Kerja Kosong

  1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang : www.moe.gov.my
  2. Permohonan mestilah melalui Guru Besar/Pengetua / Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab “A” Perkara 21.
  3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Buku Rekod Perkhidmatan, kenyataan Cuti yang telah disahkan dan markah prestasi 3 tahun terkini.
  4. Salinan sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah disertakan bersama- sama dengan borang permohonan.
  5. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diterima.
  6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Mac 2017.
  7. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :
PENGARAH
BAHAGIAN BUKU TEKS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK E15,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

CATATAN Iklan Jawatan Kosong:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan berkaitan temuduga iaitu kos penginapan, pengangkutan, makan dan minum adalah di bawah tanggungan sendiri.
rujukan jawatan 

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon