Iklan Jawatan Kosong Terkini Bank Persatuan Malaysia Berhad. Iklan Jawatanya terkini datang dari Sektor Bank iaitu Bank Persatuan Malaysia Berhad atau Coop Bank Persatuan. Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad ataupun ringkasnya 'Co-opbank Persatuan' adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya " The Province Wellesley Coo-operative Banking Union Limited ".
Kerja Kosong Terkini Bank Persatuan |
Visi
Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia
Misi
CoopBank komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:-
- Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota
- Meningkatkan kebajikan anggota
- Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti
- Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Kini Bank Persatuan Malaysia Berhad membuka peluang jawatan seperti berikut ini:-
Kerja Kosong TERKINI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD TARIKH TUTUP 22 OKTOBER 2016
Ketua Pegawai Kewangan-penang
KELAYAKAN
- Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan atau kelayakan yang berkaitan serta mempunyai sijil Chartered Financial Analyst (CFA), Chartered Accountant (CA) daripada IPT yang diiktiraf Kerajaan;
- Mempunyai pengalaman minimum selama (5) tahun di peringkat pengurusan atasan merupakan satu kelebihan;
- Menguasai/menunjukkan kebolehan kepimpinan, pengurusan kumpulan dan skill analisis.
Bidang Tugas Dan Tanggungjawab:
- Bertanggungjawab membantu Ketua Pegawai Eksekutif menyediakan Pelan Perancangan Strategik 5 tahun dan Pelan Perniagaan Tahunan Co-opbank Persatuan termasuk memantau dan memastikan pelan-pelan tindakan dilaksana dan sasaran-sasaran yang ditetapkan tercapai.
- Bertanggungjawab merancang, melaksana dan mengawalselia semua aktiviti harian utama berkaitan perakaunan dan kewangan Co-opbank ini dan subsidiarinya.
- Memastikan semua perakaunan dan kewangan disediakan secara teratur, tepat, dan mematuhi GPO serta GP SKM/BNM serta memastikan semua pelaporan kewangan dan perakaunan bulanan/ tahunan disediakan dalam tempoh ditetapkan untuk ALK, ALCO dan juga kepada pihak Pengawal selia.
- Bertanggungjawab mengurus dan memastikan modal syer Co-opbank mencukupi serta memberi pulangan yang optima kepada Anggota.
- Bertanggungjawab memberi kerjasama kepada Pemeriksa dari SKM/BNM semasa pemeriksaan tahunan atau berkala dan juga dengan Juruaudit luar audit tahunan dilaksana.
- Mengurus dan mengawalselia fungsi dan aktiviti Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, Pentadbiran dan Pengurusan Harta selain dari fungsi Kewangan dan Perakaunan; mengawalselia dan membimbing wargakerja, mengenalpasti keperluan latihan, merangka/ menetapkan KPI, membuat penilaian prestasi, mencadang kenaikan pangkat serta pertukaran wargakerja termasuk pelarasan gaji.
- Mengawalselia Ketua-ketua dibawah seliaan agar memberi perkhidmatan secara professional dan memuaskan kepada pelanggan termasuk pelanggan dalaman dan ‘stakeholders’.
- Bertanggungjawab melaksana tugas lain-lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
CARA PERMOHONAN KERJAYA
- Sila kunjungi pautan berikut: Kerja Kosong Bank Persatuan
- Pilih Kerja Kosong dimaksud
- Klik Apply Now (Bahagian bawah)
Demikian Iklan Jawatan Kosong terkini semoga berfaedah.
EmoticonEmoticon