Sunday, October 16, 2016

Kerja Kosong TERKINI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 21 OKTOBER 2016

Kerja Kosong Terkini UKM
Kerja Kosong Terkini UKM
Kerja Kosong Terkini UKM. Iklan Jawatanya Terkini dan terbaru datang dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atau HUKM merupakan hospital pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang memberikan perkhidmatan rawatan secondary dan tertiary dan merupakan pusat rujukan dari seluruh negara. Hospital ini menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan yang terkini dan berupaya memberikan perkhidmatan perubatan yang terbaik. Ia terletak di Cheras. HUKM bertanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan kesihatan kepada penduduk di Daerah Hulu Langat dan kawasan liputannya. HUKM akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan kepakaran dan perundingan melalui pensyarah-pensyarah dan doktor-doktor pascasiswazah dari Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Perubatan Keluarga (JKP). Semua perkhidmatan di hospital ini akan disalurkan ke sistem komputer berpusat. Setiap jabatan di hospital ini boleh berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan komputer. Dengan ini segala urusan dapat dilaksanakan dengan cekap. Sistem komputer berpusat ini juga membolehkan segala maklumat terkini tentang pesakit disalurkan ke setiap jabatan dengan cepat.

HUKM menjadi hospital pertama di Malaysia menggunakan Sistem Case-mix. Sistem Case-mix adalah suatu sistem pengelasan penyakit yang menggabungkan jenis penyakit yang dirawat di sesebuah hospital dengan kos rawatan yang terlibat. Sistem ini mengumpulkan episod-episod rawatan yang sama seperti rawatan akut, pembedahan harian dan lain-lain lagi kepada kumpulan klasifikasi yang lebih bermakna dan berfaedah. Khidmat rundingan juga boleh didapati melalui teleperubatan yang membolehkan pakar-pakar perubatan di seluruh negara mendapatkan nasihat dan pandangan pakar-pakar perubatan HUKM.

HUKM mempunyai hubungan yang erat dengan hospital- hospital lain di seluruh dunia. Sebagai contoh, pakar-pakar Obstetrik dan Ginekologi, Neurosurgeri, Endokrinologi dan Ortopedik di hospital ini sentiasa mengadakan hubungan kerja dengan pakar-pakar dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan sebagainya. Tiap-tiap jabatan pula, sentiasa menjemput profesor-profesor dari luar sekurang-kurangnya dua kali setahun. Ini adalah satu daripada cara untuk menentukan pencapaian prestasi yang tinggi dalam semua bidang.
UKM telah berjaya melatih dan mengeluarkan lebih 3,000 doktor perubatan dan 1,200 pakar dalam pelbagai bidang yang kini bertugas di seluruh negara. Beberapa orang pakar keluaran UKM telah dilantik sebagai profesor pakarunding kanan bukan sahaja di universiti ini malah di universiti dan hospital lain. Hospital ini juga mampu melahirkan pakar-pakar yang berkaliber di bidang sub kepakaran seperti Hematologi dan Kardiologi. Kelengkapan peralatan yang serba moden dan canggih membolehkan pakar-pakar tersebut berkhidmat dengan cekap dan berkesan.

HUKM mempunyai kekuatan dan kecemerlangan yang tersendiri dalam bidang-bidang Psikiatri, Pediatrik, Neurologi, Neurosurgeri, Neonatologi, Nefrologi, Hematologi, Ginekologi, Endokrinologi, pembedahan spinal dan sebagainya. Hal ini membolehkan rakyat Malaysia tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk tujuan perubatan di luar negara kerana perbelanjaan tersebut dapat dikurangkan jika mereka mendapat rawatan di HUKM. Hasil rawatan yang bakal diterima tidak kurang hebatnya.

Selain memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit dalam, HUKM juga telah memperkenalkan dan mempelopori konsep perkhidmatan rawatan harian di mana pesakit-pesakit akan diberikan rawatan dan pembedahan tanpa perlu dimasukkan ke dalam wad. Konsep ini adalah lebih cekap dan kos-efektif. Perkhidmatan-perkhidmatan rawatan harian tersebut ialah Rawatan Bedah Harian, Onkologi, Hematologi, Hemodialisis, Endoskopi, Ginekologi dan Psikiatri.

HUKM juga telah mencatat sejarah sebagai institusi perubatan pertama mempunyai Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) yang serba moden untuk kemudahan kanak-kanak istimewa. Pusat ini menjadi pusat sumber dan rujukan selain menjadi pilihan untuk mendapatkan rawatan, latihan serta pendedahan mengenai perkembangan kanak-kanak istimewa.
Sumber: wikipedia

Kali ini UKM membuka Iklan Jawatan Kosong seperti berikut ini :

Kerja Kosong TERKINI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 21 OKTOBER 2016

UKM memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UKM bagi jawatan seperti berikut:
Kumpulan Pengurusan dan Profesional :

Pegawai Tadbir Gred N41 ( 2 peluang )

Kumpulan Pelaksana :
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ( 2 peluang )

CARA PERMOHONAN;

  • Pemohon yang berminat perlu mengemukakan resume lengkap (beserta gambar ukuran passport) dengan menyatakan sekurang-kurangnya dua rujukan. Resume yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui emel dan memaklumkan jawatan yang dipohon kepada: En. Mohd Fauzi Bin Hamzah ( mdfauzi@ukm.edu.my ) Pn. Nurul Hasiah Hussain ( hasiah@ukm.edu.my )
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Tarikh Tutup permohonan adalah 21 Oktober 2016.

PEGAWAI TADBIR GRED N41

Taraf Jawatan    :    Kontrak ( 1 Tahun, Dana Projek )

Syarat Lantikan Wajib

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia  
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
     
 SILA MUAT TURUN SYARAT DAN KELAYAKAN : Iklan Jawatan Kosong UKM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon