Wednesday, May 20, 2015

2 Kerja Kosong DI LPP KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

2 kerja Kosong LPP Kementrian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan- jawatan berikut :
Kerja Kosong Terkini LPP
Kerja Kosong Terkini LPP

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29- 04 peluang-

Kuala Lumpur

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  2. Gred Jawatan : F29
  3. Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
  4. Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  5. Taraf Jawatan : Tetap
  6. Jadual Gaji : Minimum – RM 1,746.00 Maksimum – RM 5,104.00

Bidang Tugas

Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna .

Syarat-syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred F29: RM 1,746.00);
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik(komputer) yang bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred F29: RM 1,820.89);dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

KRITERIA PEMILIHAN

* Calon yang mempunyai pengalaman 3 tahun dalam Pembangunan Sistem Maklumat akan diberi keutamaan.

Pembantu Akauntan Gred W17- 06 peluang- Pelbagai negeri 

PEMBANTU AKAUNTAN

  1. Jawatan/Skim Perkhidmatan : Pembantu Akauntan
  2. Gred Jawatan : W17
  3. Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
  4. Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  5. Taraf Jawatan : Tetap
  6. Jadual Gaji : Minimum – RM 929.00
    Maksimum – RM 3,377.00

Bidang Tugas

Menguruskan perakaunan dan pengurusan kewangan Pertubuhan Peladang (PP) atau melaksanakan kerja pengauditan atau melaksanakan tugas-tugas kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang. Perlaksanaan tugas tertakluk kepada penempatan.

Syarat-syarat Lantikan

Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
1.warganegara Malaysia.
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: RM 929.00);
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: RM 985.13);
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: RM 1,154.33);
  • Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: RM 1,379.92);
dan
3. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

TEMPOH PERCUBAAN

Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

CARA PERMOHONAN:

BAGI CALON-CALON LUAR LPP

  1. Permohonan dari calon-calon luar LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan) hendaklah dibuat melalui laman web Jobs Malaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsMalaysia.gov.my
  2. Semua permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke Lembaga Pertubuhan Peladang.
  3. Setiap pemohon hanya boleh memohon satu (1) jawatan sahaja.

TUTUP PERMOHONAN : 27 MEI 2015 (RABU)

Secara umumnya,semua calon akan melalui beberapa tapisan sebelum mereka dilantik ke jawatan yang diiklankan.

SYARAT LANTIKAN DAN CARA PERMOHONAN :

Permohonan dari calon-calon bukan dari anggota LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan) hendaklah membuat permohonan melalui laman webs Kementerian Sumber Manusia di http://www.jobsMalaysia.gov.my

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon