Tuesday, October 11, 2016

Kerja Kosong PELAKSANA TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA INTELEK 21 OKTOBER 2016

Iklan Jawatan Kosong Terkini datang dari Pelaksana Transformasi Pengurusan Harta Intelek dimana adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggungjawab kepada pendaftaran dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.  Misi MyIPO ialah membangun dan mempertingkatkan infrastruktur serta menambahbaik perundangan harta intelek dengan sistem pentadbiran yang cekap melalui eksploitasi harta intelek.  Seiring dengan pencapaian MyIPO yang dinamik, MyIPO mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang mempunyai kebolehan serta memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi mengisi peluang jawatan seperti berikut di Ibu Pejabat MyIPO,Kuala Lumpur.
Kerja Kosong PELAKSANA TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA INTELEK
Kerja Kosong PELAKSANA TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA INTELEK
Kini MyIPO membuka peluang jawatan seperti berikut ini :-

Kerja Kosong PELAKSANA TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA INTELEK  21 OKTOBER 2016

PEGAWAI PEMERIKSA PATEN - 2 peluang (KONTRAK)

Klasifikasi: Perkhidmatan Harta Intelek
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Gred:  IP8
Gaji Permulaan:  RM2,954.00

KELAYAKAN: 

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta  berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia;dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus  Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT-SYARAT ASAS

  • Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan;
  • Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing, spreadsheet dan powerpoint serta berpengalaman menggunakan sistem/ aplikasi yang melibatkan perniagaan korporat;
  • Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi;
  • Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum;
  • Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja tanpa mengira masa;
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan; dan
  • Kemahiran berkomunikasi di semua peringkat.

NOTA PENTING: 

Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan Pengiktirafan Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web berikut: (https://app.mohe.gov.my/iktiraf/).

 MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN


CARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN Kerja Kosong MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat turun di laman web DIATAS bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 21 Oktober 2016 kepada:
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Seksyen Sumber Manusia)
 

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemudug, Semoga berfaedah.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon