Sunday, May 1, 2016

Kerja Kosong Lembaga Urus Air Selangor Tarikh tutup 09 Mei 2016

Kerja Kosong Terkini Kerajaan LUAS Hingga 09 Mei 2016. Maklumat Kerja Kosong terkini datang dari Lembaga urus Air Selangor yang mempelawa warga negara Malaysia untuk bergabung bersama demi kejayaan LUAS. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
Kerja Kosong Terkini LUAS
Kerja Kosong Terkini LUAS
LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.
Ahli Lembaga Pengarah LUAS dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah LUAS sendiri sebagai Setiausaha. Manakala ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain terdiri daripada Penasihat Undang-undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta 5 orang yang dilantik berdasarkan kepakaran mereka di dalam bidang pengurusan sumber air.
LUAS adalah sebuah agensi pengurusan sumber air Negeri Selangor yang juga merupakan agensi ulung dan perintis kepada pengurusan sumber air negeri. Dengan adanya Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, LUAS dilengkapi dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan untuk melaksanakan tanggungjawab serta fungsinya dengan berkesan.
Kini LUAS membuka peluang jawatan terkini dengan Kerja Kosong  seperti berikut ini:-

Kerja Kosong Lembaga Urus Air Selangor Tarikh tutup 09 Mei 2016

  • Pegawai Undang-undang
  • Pegawai Sains
  • Penolong Jurutera
  • Penolong Pegawai Sains
  • Pembantu Penguatkuasa

CARA PERMOHONAN Kerja kosong


Permohonan hendaklah dihantar kepada:
PENGARAH
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO.3 JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.


MUAT TURUN SYARAT DAN KELAYAKAN Kerja Kosong LUAS

NOTA Kerja Kosong TERKINI LUAS

TARIKH TUTUP Kerja Kosong JAM 12.00 TENGAH HARI 09 MEI 2016
SILA NYATAKAN NAMA JAWATAN YANG DIPOHON PADA PENJURU SEBELEH KIRI SAMPUL SURAT

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon