Saturday, April 30, 2016

Kerja Kosong Majlis Perbandaran Selayang 13 Mei 2016

Iklan Jawatan Kosong Terkini Kerajaan yang berasal dari Majlis Perbandaran Selayang. Majlis Perbandaran Selayang(MPS) telah ditubuhkan pada 1hb Januari 1997, Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak (MDG) yang telah ditubuhkan di bawah akta 171, akta kerajaan tempatan 1976.MDG lahir daripada beberapa rentetan pembangunan Majlis Kerajaan Tempatan sebelumnya seperti:
Kerja Kosong Kerajaan MPS
Kerja Kosong Kerajaan MPS

  • Lembaga Bandaran Gombak
  • Lembaga Bandaran Rawang
  • Lembaga Bandaran Kuala Ampang
  • Kawasan PKNS Taman Keramat
  • Kawasan Perindustrian Batu Caves

Fungsi

  • Memberi perkhidmatan perbandaran yang asas sesuai dengan kehendak Akta 171, Akta 133 dan Akta 172.
  • Menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial yang berkesan dengan kehendak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan 
Kini Majlis Perbandaran Selayang membuka peluang jawatan terkini seperti berikut ini :-

Kerja Kosong Majlis Perbandaran Selayang 13 Mei 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-

Penolong Pegawai Penerangan S27 (Tetap)

Syarat Permohonan

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peperiksaan tersebut; atau  (Gaji Permulaan : RM 1,362.00) 
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau  (Gaji Permulaan : RM 1,362.00) 
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau  (Gaji Permulaan : RM 1,661.95) 
  • Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.  (Gaji Permulaan : RM 1,661.95) 
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Pembantu Penilaian W17 (Kontrak)

Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;  (Gaji Permulaan : RM 929.00) atau 
  • Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;  (Gaji Permulaan : RM 1,379.92) dan  
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 

PERHATIAN PEMOHON

  • Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan
  • Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod
  • Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
  • Permohonan daripada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang yang sedang berkhidmat
  • hendaklah dihantar melalui Ketua Bahagian Sumber Manusia;
  • Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan;
  • (salinan sah juga boleh disahkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang)
  • Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup
  • iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Sila pastikan semua ruangan yang perlu diisi, hendaklah dilengkapkan dan bertandatangan.

CARA PERMOHONAN KERJA KOSONG

Borang MPS 1  boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 7, Menara MaPerbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai / naskah atau boleh dicetak melalui Lam Sesawang  MPS  www.mps.gov.my.
Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakjawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Iklan : (05)dlm.MPS 3/2-1378.Jld.8 
 

Nota Kerja Kosong:

Tarikh tutup Iklan Jawatan Kosong  pada :13 Mei 2016 (Jumaat pukul 5.00 Petang)

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon