Monday, January 25, 2016

Kerja Kosong KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 31 JANUARI 2016

Kerja Kosong Kementrian Pendidikan (KMP). Maklumat Kerjaya Sepanjang Tahun dibuka oleh Kementrian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
  1. melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  2. melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  3. menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  4. memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan Menteri I Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri II Dato' Seri Idris Jusoh.
Kerja Kosong Terkini KMP 2015
Kerja Kosong Terkini KMP 2016

Pendidikan Wajib Kementrian Pendidikan

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Kini KMP mempelawa warganegara Malaysia untuk menjadi bahagian dari KMP dengan peluang Jawatan Terkini seperti berikut ini :-

Kerja Kosong KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 31 JANUARI 2016

Iklan peluang Jawatan Pensyarah di Kolej Matrikulasi, KPM

Permohonan adalah dipelawa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjawat jawatan sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi, KPM.

KELAYAKAN:

  • PPP (Guru atau pegawai KPM ) gred DG44 sahaja.
  • Mempunyai Ijazah dalam bidang pengkhususan yang dipohon.
  • Pengalaman mengajar subjek pengkhususan 3 tahun berturut.
  • Prestasi (LNPT) melebihi 85%  bagi 3 tahun terkini.
  • Bebas tindakan tatatertib/SPRM/pinjaman tegar.
  • Diperaku oleh Ketua Jabatan atau Guru Besar/Pengetua Sekolah.
SUBJEK PENGKHUSUSAN:

Bil. Pengkhususan/Subjek Kolej Matrikulasi (KM)
1 Kokurikulum KM Labuan/KM Johor/KM Kedah/KM Teknikal Kedah/       KM Teknikal Johor/KM Teknikal Pahang
2 Ekonomi KM Labuan/KM Johor/KM Kedah/KM Pahang/KM Perlis
3 Perakaunan KM Labuan/KM Perak/KM Kedah/KM Pahang
4 Pengurusan Perniagaan KM Negeri Sembilan/KM Labuan/KM Perak/KM Perlis
5 Bahasa Inggeris KM Melaka/KM Negeri Sembilan/KM Labuan/KM Johor/
KM Kedah/KM Pahang/KM Teknikal Kedah/
KM Teknikal Johor
6 Pendidikan Islam KM Labuan/KM Teknikal Pahang
7 Sains Komputer KM Melaka/KM Negeri Sembilan/KM Labuan/KM Pahang
8 P. Kejuruteraan Awam KM Teknikal Kedah/KM Teknikal Pahang/KM Teknikal Johor
9 P. Kejuruteraan Mekanikal KM Teknikal Kedah/KM Teknikal Pahang/KM Teknikal Johor
10 P. Kejuruteraan Elektrik KM Teknikal Kedah/KM Teknikal Pahang/KM Teknikal Johor

CARA PERMOHONAN


Borang permohonan boleh di muat turun seperti dibawah atau melalui laman web www.moe.gov.my/v/bm
Borang permohonan  dan perakuan ketua jabatan (Lampiran C) yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Pengarah Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6-7, Blok E15, Parcel E,
Kompleks Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JANUARI 2016 (AHAD)
Untuk pertanyaan lanjut:
Pn. Norazlin bt. Mokhli/Pn. Norshahida bt. Md Nayan - 0388844063
En. Mohamad Amin b. Osman - 0388844008

Demikian Maklumat terkini semoga berfaedah.
Sumber

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon