Kerja Kosong Kementrian Pendidikan Malaysia.KementerianPendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Pengajar Interim bagi mengisi peluang bidang Pendidikan Islam di Negeri Sarawak.
![]() |
KERJA KOSONG KPM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK |
KERJA KOSONG KPM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK 10 APRIL 2017
- Tajuk : Pengambilan Pengajar Interim di Negeri Sarawak, ambilan tahun 2017;
- Nama Jawatan : Pengajar Interim;
- Bidang : Pendidikan Islam; dan
- Tempoh Interim : Tiga (3) tahunsahaja.
KELAYAKAN Kerja Kosong
Calon-calon hendaklah:- Warganegara Malaysia;
- Sihat tubuh badan;
- Umur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari2017;
- Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Pengajian Islam daripada Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pemohon yang memiliki ijazah daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan merujuk kepada laman web KPT di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/.; dan
- Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan/ Gred : Pengajar Interim/DG41.
Bayaran Elaun Bulanan : RM 2,149.03bagiijazah
Kepujian; atau RM 1,944.62 bagi ijazah Am.
ELAUN Kerja Kosong
- Elaun Tetap dan Kemudahan yang dinyatakan di bawah ini mengikut syarat dan kadar yang sedang berkuat kuasa seperti berikut bagi yang layak:
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2006;
- Bantuan Sara Hidup berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012;
- Bayaran Insentif Pedalaman berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 atau Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2016 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman);
- Elaun Balik Kampung berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 6 Tahun 2014(sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman);
- Elaun dan kemudahan bagi pegawai yang bertugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013;
- Elaun Perumahan Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (pindaan kadar);
- dan
- Bayaran Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (pindaan kadar).
Kemudahan lain:
- Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C;
- Cuti Penggal Sekolah Bergaji Penuh; dan
- Rawatan perubatan dan pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-klinik Kerajaan untuk diri sendiri sahaja tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Elaun & Kemudahan yang tidak layak diperolehi:
- Imbuhan Tetap Perumahan;
- Rawatan perubatan di luar negeri;
- Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer;
- Cuti separuh gaji;
- Cuti tanpa gaji;
- Cuti bersalin;
- Cuti belajar;
- Cuti kecederaan;
- Cuti kerantina;
- Cuti Tibi, Kusta dan Barah;
- Cuti tanpa rekod; dan
- Cuti haji.
CARA MELAKUKAN PERMOHONAN JAWATAN
- Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat: http://www.jobsmalaysia.gov.my/ mulai 16 Mac 2017.
- Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.
Demikian Kerja Kosong Sarawak Kementrian pendidikan semoga berfaedah amin .
Sila Muat Turun :
EmoticonEmoticon