Monday, January 25, 2016

Kerja Kosong KERAJAAN JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH DARUL AMAN TARIKH TUTUP 31 JANUARI 2016

Kerja kosong kerajaan terkini Jabatan kerja raya Negeri Kedah Darul Aman. Iklan Kerajaan Terkini datang dari Sektor kerajaan iaitu Kedah Darul Aman. Kini Jkr Kedah sedang membuka peluang jawatan seperti berikut ini:-

Kerja Kosong Kedah Darul Aman
Kerja Kosong Kedah Darul Aman

Kerja Kosong KERAJAAN JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH DARUL AMAN  TARIKH TUTUP 31 JANUARI 2016

Warganegara Malaysia (tinggal di Negeri Kedah Darul Aman) Yang Berkelayakan adalah Dipelawa Untuk Mengisi peluang Jawatan Tetap bagi Kumpulan Sokongan. Di Jabatan Kerja Raya Negeri  Kedah Darul Aman

PEMANDU KENDERAAN

Gred H11

  1. (Lelaki sahaja) Lesen D RM    896.15
  2.    Lesen E/E1/E2 RM    942.30
  3.    Lesen F/H RM    988.45
  4.    Lesen G/I RM 1,034.60

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN

Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 (26 peluang)

  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan
  • Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan 
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred H11:
*Lesen D  RM    896.15
*Lesen E/E1/E2 RM    942.30
*Lesen F/H  RM    988.45
*Lesen G/I  RM 1,034.60
  • Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

KLASIFIKASI

Perkhidmatan Kemahiran

 UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

  1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  2. Pegawai sedang berkhidmat yang layak lantikan hendaklah berumur  kurang dari 54 tahun dari tarikh tutup iklan.
TARAF JAWATAN: Tetap
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
 Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pemandu Kenderaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

SKOP BIDANG TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera dibawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.  Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor.

CARA PERMOHONAN


  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam LAMAN WEB www.jkrkedah.gov.my. 
  • Pemohon hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja yang diiklan  dengan syarat mereka memenuhi syarat lantikan dan kelayakan yang ditetapkan. 
  • Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah  benar.  Jika terdapat sebarang penipuan didalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon  akan disenarai hitamkan. 
  •  Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat didalam perkhidmatan tetap, sementara dan kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan dalam Peraturanperaturan
  • Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat da Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan Ketua Jabatan dikehendaki  mengemukakan permohonan itu bersama-sama dengan salinan KENYATAAN PERKHIDMATAN (disediakan, disahkan dan ditandatangani oleh pihak pejabat yang menyimpan Buku Perkhidmatan)  dan salinan LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN yang terkini.
  • Permohonan tanpa disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan salinan Laporan Nilaian Prestasi akan dianggap tidak lengkap dan tidak    akan diberi pertimbangan.
  • Semua permohonan disertakan salinan dokumen-dokumen berikut  bersama-sama borang permohonan;
  1.  Sekeping gambar (terbaru) berukuran paspot’
  2. Kad Pengenalan,
  3. Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Lahir,
  4. Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Persekolahan Darjah 6 Sekolah  Rendah Bantuan Penuh Kerajaan,
  5. Lesen Memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan  Jalan (JPJ).
  6. Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi  Tahunan yang terkini dan disahkan bagi calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan
  • Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan  sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah :-
  1.  Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat yang berukuran 229 mm x 423 mm dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya di pos);
  2. Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON 
Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada  tarikh tutup permohonan :-
PENGARAH
JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
TINGKAT 5, BANGUNAN SULTAN ABDUL HALIM
JALAN SULTAN BADLISHAH
05582-ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Kewangan)


MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon