Monday, May 25, 2015

1 Kerja Kosong UPSI TARIKH TUTUP 07 JUNE 2015

1 Kerja Kosong UPSI. Maklumat Kerjaya terkini datang dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sebelum melangkah ke Kerja Kosong Pendidikan sektor Kerajaan mari kita baca sekilas mengenai UPSI. Kami kutip dari wikipedia. Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris.Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman".
Kembali ke Maklumat Kerja kosong UPSI, UPSI mempelawa kepada anda semua dengan peluang jawatan seperti berikut ini:-
Iklan Jawatan Kosong UPSI 2015
Iklan Jawatan Kosong UPSI 2015

PEGAWAI PERGIGIAN U44/U48/U52/U54

Calon yang memohon Kerja Kosong UPSI hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

SYARAT LANTIKAN :

  1. Ijazah dalam ilmu pergigian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia; atau
  2. Ijazah dalam ilmu pergigian yang diiktiraf oleh kerajaan dan telah berdaftar dengan Majlis
  3. Pergigian Malaysia berdasarkan Seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971; dan
  4. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
  5. Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;dan
  6. berpengalaman luas (sekurang–kurangnya 5 tahun pengalaman) serta berpengetahuan dan berkepakaran tinggi dalam bidang ini

 PANDUAN PERMOHONAN

  1. Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application ini. Klik pautan tersebut untuk memohon:  http://goo.gl/hiZU1T
  2. Untuk permohonan jawatan kali ke-2 dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula/mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak.    
  4. Bagi permohonan jawatan bukan akademik,setelah borang online lengkap diisi: Cetak CV lengkap dan lekatkan gambar.
  5. Lampirkan salinan-salinan keputusan SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sijil-sijil Kokurkulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan). Poskan ke alamat tertulis di bawah. Bagi permohonan jawatan akademik hendaklah mengambil tindakan berikut : Mencetak CV dan melengkapkan gambar; Melampirkan salinan sijil akademik, transkrip dan skrol; Melampirkan salinan-salinan penerbitan ;    
  6. Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga/perlu menghantar dokumen permohonan dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.
  7. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
Sila hantarkan permohonan Kerja Kosong ke:
Unit Perjawatan 
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

     
Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia  di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6338 ( Pn. Murni) atau emel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.
Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklahdianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :  07 JUN 2015 (AHAD)

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon