Monday, November 7, 2016

Kerja Kosong Terkini Lembaga Urus Air Selangor 18 November 2016

Iklan Jawatan Kosong Terkini di LUAS (Lembaga urus Air Selangor) , LUAS adalah sebuah agensi pengurusan sumber air Negeri Selangor yang juga merupakan agensi ulung dan perintis kepada pengurusan sumber air negeri. Dengan adanya Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, LUAS dilengkapi dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan untuk melaksanakan tanggungjawab serta fungsinya dengan berkesan.LUAS dipertanggungjawab untuk memastikan sumber air negeri, termasuk lembangan sungai, air bumi dan permukaan, tasik, kolam dan bekas lombong, serta pesisiran pantai Negeri Selangor supaya sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara. Fungsi dan tanggungjawab ini dilaksanakan oleh LUAS melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan juga pendekatan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM).
Kerja Kosong Terkini Lembaga Urus Air Selangor
Kerja Kosong Terkini Lembaga Urus Air Selangor

Pada tahun 2010, LUAS mengalami penstrukturan semula bahagian dan unit seperti yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Beberapa unit baru diwujudkan di dalam LUAS untuk memantapkan lagi pengurusan dan perkhidmatan. Seramai 58 orang kakitangan baru diserap bermula pada 1 Februari 2011. Perkembangan positif ini sekaligus memberikan tenaga baru untuk LUAS terus bergerak pantas melaksanakan fungsi-fungsinya, serta memberikan perkhidmatan yang cemerlang demi mencapai misi dan visi.
Kini LUAS membuka Kerja Kosong terkini seperti berikut ini :-

Kerja Kosong Terkini Lembaga Urus Air Selangor 18 November 2016

LUAS mempelawa warganegara Malaysia (Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi peluang jawatan-jawatan berikut:
  • Penolong Pegawai Undang-Undang-L29
  • Penolong Jurutera-JA29
  • Pembantu tadbir(perkeranian/Operasi)-N19
  • Pembantu tadbir(kewangan)-W19
  • Juruteknik komputer-FT19
  • pembantu Penguat Kuasa-KP19
  • Pemandu Kenderaan-H11
Muat Turun Syarat dan Maklumat lengkap disini

CARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dihantar kepada:
PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN, NO.3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. 
Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 18 November 2016 (jumaat).
(Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Demikian Iklan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan semoga berfaedah.amin

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon