Monday, May 16, 2016

Kerja Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Teluk Intan 25 Mei 2016

Iklan Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Majlis Perbandaran Teluk Intan. Maklumat Kerjaya terkini datang dari Sektor Kerajaan iaitu Majlis Perbandaran Teluk Intan dimana Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003.  Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004. Sebelum dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 di bawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diisytiharkan melalui WARTA Kerajaan PKPU 27 dengan penyatuan enam (6) buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT):
  • LPKT Teluk Intan
  • LPKT Hilir Perak
  • LPKT Langkap
  • LPKT Chui Chak
  • LPKT Batu 12
  • LPKT Pelawan
Disokong oleh prasarana yang sangat baik, pengurusan bandar yang lebih cekap telah dikendalikan oleh majlis daerah semenjak ditubuhkan pada tahun 1980. Hasil daripada penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Hilir Perak. Semenjak itu, pertumbuhan bandar terus berkembang pesat seperti industri, perumahan, perdagangan pelancongan, pembangunan lanskap dan keindahan bandar, infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan dan lalulintas menjadi asas yang penting yang kemudiannya melayakkan majlis daerah dinaiktaraf.
Kerja Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan
Kerja Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan
Kini Majlis Perbandaran Teluk Intan membuka Kerja Kosong Terkini Mei 2016 seperti berikut ini :-

Kerja Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Teluk Intan 25 Mei 2016

TARIKH TUTUP : 25 MEI 2016
TARAF JAWATAN : KONTRAK/TETAP
  • PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41 1 peluang
  • PEN. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29->1 peluang
  • PEN. PEGAWAI PENILAIAN W29 1 peluang
  • PEM. PENGUATKUASA KP19     4 peluang
  • PEM. TADBIR N19 6 peluang
  • PEMBANTU AWAM H11 7peluang
  • PEMANDU KENDERAAN H11    3 peluang

CARA PERMOHONAN


Setiap Permohonan mesti dimasukkan ke dalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
mailPermohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan,
Jalan Speedy,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.

Demikian Maklumat Kerja Kosong Terkini semoga berfaedah.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon