Thursday, November 10, 2016

Kerja Kosong Temuduga PTPTN 16 November 2016

Iklan Jawatan Kosong terkini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN). PTPTN adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur lebih daripada 18 tahun dan kurang daripada  45 tahun pada 31 Disember 2016, mempelawa calon-calon yang berminat untuk menghadiri temuduga terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak yang akan diadakan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :
Kerja Kosong Temuduga PTPTN
Kerja Kosong Temuduga PTPTN

Kerja Kosong Temuduga PTPTN 16 November 2016

Tarikh / Hari: 16 November 2016 / Rabu
Masa :
  • Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang (pendaftaran dibuka : 9.00 pagi - 11.00 tengahari)
  • Sesi petang : 2.30 petang hingga 4.30 petang (pendaftaran dibuka : 2.30 petang - 3.30 petang)
Tempat :
Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Negeri Sembilan
No. 1-L2, Seremban Gateway
Off Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
NEGERI SEMBILAN 

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) NEGERI SEMBILAN
Akan ditempatkan di cawangan PTPTN sekitar  Negeri Sembilan
GAJI DITAWARKAN :RM1,500.00 SEBULAN
INSENTIF :KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI 
 KELAYAKAN

  1. Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
  2. Warganegara Malaysia;
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  4. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  5. Keutamaan diberi kepada calon :
  • Berasal dari Negeri Sembilan.
  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
  • Perwatakan menarik.
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
  • Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik.
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
  • (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)

 CARA PERMOHONAN

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  • Salinan Surat Beranak pemohon;
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Salinan lesen memandu; dan
  • Lain-lain dokumen sokongan.

Nota Kerja Kosong  

  • Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN. 

  • Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

  • Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi. 

Sila Muat Turun Iklan Jawatan Kosong dan Borang permohonan disini

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon