Tuesday, March 14, 2017

Kerja Kosong Perbadanan Wakaf Selangor Tarikh Tutup 27 Mac 2017

Kerja Kosong PWS Mac 2017- Maklumat Iklan Jawatanya Malaysia terkini datang dari PWS atau Perbadanan Wakaf Selangor dimana Syarikat ini mempunyai sejarah bahawa DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya pihak MAIS menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) agar pengurusan wakaf dapat diperkasakan seperti pengurusan zakat. 
Kerja Kosong PWS
Kerja Kosong PWS
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS Bil. 1/2010 yang bersidang pada 8 Februari 2010 telah memutuskan untuk mewujudkan PWS selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;
  • Mesyuarat MAIS Bil. 3/2010 yang bersidang pada 29 Jun 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan PWS di bawah peruntukan Seksyen 8, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;
  • Mesyuarat MAIS Bil. 4/2010 yang bersidang pada 5 Oktober 2010 telah bersetuju dengan cadangan perlantikan Pengerusi dan Pengurus Besar PWS; dan
  • Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada 11 Januari 2011 dan diwartakan pada 3 Februari 2011.

Motto PWS

"Wakaf Membangun Ummah"
Kini PWS membuka Iklan Jawatan Kosong Selangor 2017 seperti berikut ini:-

Kerja Kosong Terkini Perbadanan Wakaf Selangor Tarikh Tutup 27 Mac 2017

Permohonan Kerja Kosong Kerajaan ini adalah dipelawa kepada calon-calon anak kelahiran Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Negeri Selangor sehingga kini sekurang-kurangnya 5 tahun dan yang berkelayakan untuk mengisi peluang perjawatan seperti di bawah:-

Penolong Eksekutif Juruaudit Gred 27

Gaji Minimum :RM 1,367.00
Gaji Maksimum:RM 5,098.00
Penempatan : Bahagian Audit Dalam

Kelayakan :

  • Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan

Mempunyai pengalaman dalam bidang pengauditan danperakaunan serta berpengetahuan luas tentangprosedur pengurusan kewangan.
TARAF JAWATAN : TETAP DAN TIDAK BERPENCEN

CARA PERMOHONAN :

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang BR.PWS.BP (SM)/11/2011 yang boleh didapati di laman sesawang www.wakafselangor.gov.my mulai 13 Mac 2017.
  • Setiap borang permohonan Kerja Kosong mestilah bersertakan  sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan.
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat  dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa
  • Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masingmasing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
  • Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam  sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.
  • Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS), MAIS
Tingkat 10, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03 – 5518 8001 / 03-55143758 / 3759
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 MAC 2017

CATATAN AM

  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk  sesi temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Muat Turun :
Borang Permohonan

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon