Tuesday, November 8, 2016

Kerja Kosong terkini Majlis Daerah Lipis Tarikh Tutup 14 November 2016

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan datang dari Majlis daerah Lipis. Majlis Daerah Lipis ditubuhkan pada 1 Mac 1982 hasil daripada percantuman beberapa buah penguasa tempatan iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom serta pekan-pekan kecil seperti Padang Tengku, Bukit Betong, Mela dan Merapoh. 
Kerja Kosong terkini Majlis Daerah Lipis
Kerja Kosong terkini Majlis Daerah Lipis
Dari segi sejarahnya Majlis Bandaran Kuala Lipis pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau ‘Sanitary Board’ sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Selepas itu ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir Penguasa Tempatan ini sehinggalah penubuhan Majlis Daerah pada 1 Mac 1982. Slogan Majlis Daerah Lipis ialah "Bersih" yang membawa maksud bersih dalam pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, perancangan dan pembangunan."Organisasi Yang Bersih, Bandar Dan Persekitaran Yang Bersih, Masyarakat Yang Bersih".
Kini Majlis Daerah Lipis membuka peluang jawatan terkini seperti berikut ini :-

Kerja Kosong terkini Majlis Daerah Lipis Tarikh Tutup 14 November 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) termasuklah Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi peluang jawatan berikut di dalam pentadbiran Majlis Daerah Lipis. 
  • Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  • Penolong Akauntan Gred W29

SYARAT-SYARAT LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATAN :-

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
  • Terdiri daripada warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 

Nota Kerja Kosong:

TARIKH IKLAN DIKELUARKAN : 26 OKTOBER 2016 (SELASA)
TARIKH IKLAN TUTUP : 14 NOVEMBER 2016 (ISNIN)
MASA AKHIR PENERIMAAN BORANG : 5.00 PETANG

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT :-

(a.) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL.Jawat 1/02 yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lipis,Kompleks Pejabat Kerajaan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
(b.) Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti berikut : -
  • Sekeping gambar terbaru berukuran pasport iaitu 2.5sm x 3.8 sm  (tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat);
  • Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang);
  • Salinan surat beranak;
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa;
  • Salinan sijil-sijil persekolahan atau salinan keputusan peperiksaan yang telah  diperolehi;
  • Lain-lain sijil yang berkenaan.
(c.) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah DIAKUI SAH. 
(d.) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi.;
(e.) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah:  
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LIPIS
KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR.
( U/P : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN )

Sila Muat Turun Iklan Jawatan detail di :
 Demikian Maklumat Kerja Kosong di Majlis daerah lipis semoga berfaedah.amin

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon