Wednesday, November 9, 2016

Kerja Kosong Majlis Agama dan 'Adat Melayu Perak Tarikh tutup 16 November 2016

Iklan Jawatan Kosong terkini Majlis Agama dan 'Adat Melayu Perak yang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) adalah suatu majlis di Perak, Malaysia yang ditubuhkan bagi menasihati Sultan Perak. Kini MAIAMP membuka peluang jawatan terkini seperti berikut ini :-

Kerja Kosong Majlis Agama dan 'Adat Melayu Perak
Kerja Kosong Majlis Agama dan 'Adat Melayu Perak

Kerja Kosong Majlis Agama dan 'Adat Melayu Perak Tarikh tutup 16 November 2016

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan, untuk memohon peluang jawatan di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi jawatan berikut –
  • Penolong Pegawai Undang-Undang (Kontrak) Gred L29
  • Pembantu Tadbir Contract For Service

HAD UMUR

  • Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh iklan ditutup.
  • Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
  • Keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 – KONTRAK
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau  [Gaji permulaan pada Gred L29 ialah RM 1,773.00];
  • Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.  [Gaji permulaan pada Gred L29 ialah RM 1,847.86]; dan
  • Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PEMBANTU TADBIR – CONTRACT FOR SERVICE (CFS)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambiltrengkas.)

CARA PERMOHONAN

  • Pemohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2007) yang boleh  didapati melalui laman web http://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat1, Kompleks Islam Darul  Ridzuan atau mengirim sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri bersetem  RM 1.00.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, resume, salinan kad pengenalan / sijil kelahiran, sijil berhenti  sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
  • Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada  16 November 2016 (Rabu)  ke alamat berikut – 
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub Unit Perjawatan)
  • Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  •  Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.                                     
Sila Muat Turun Syarat dan Borang Permohonan Kerja Kosong disini

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon