Tuesday, November 8, 2016

Kerja Kosong Terkini Istana Negara 15 November 2016

Iklan Jawatan Kosong Terkini berasal dari Istana Negara dimana Sejarah Kerajaan Kesultanan Melayu di Malaysia telah bermula dari Kerajaan Langkasuka Purba dan Kerajaan Melayu Melaka. Kebanyakan Kesultanan negeri di Malaysia berakar dari Kerajaan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400 masihi. Walaubagaimanapun, Kerajaan Kesultanan Kedah terkecuali kerana asal usulnya berasal dari Kerajaan Langkasuka iaitu sebuah kerajaan purba yang diasaskan pada abad ke-2 masihi. Kerajaan Kedah juga merupakan kerajaan yang paling tua di Malaysia dan berkemungkinan juga Kerajaan yang paling tertua di dunia.
Kerja Kosong Terkini Istana Negara
Kerja Kosong Terkini Istana Negara
Kini Istana Negara Membuka peluang jawatan berikut:

Kerja Kosong Terkini Istana Negara 15 November 2016

PENOLONG PEGAWAI ISTIADAT
Sukacita dimaklumkan bahawa Pentadbiran Istana Negara ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi SATU (1) peluang jawatan bertaraf kontrak seperti berikut:
JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI ISTIADAT
GRED : 29 (TERBUKA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK (DUA TAHUN)
PENEMPATAN : BAHAGIAN ISTIADAT, ISTANA NEGARA
JADUAL GAJI : RM 1,493.00 – RM 5,672.00

SYARAT UMUM

  • Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma dalam bidang berkaitan atau pengalaman yang setara (untuk pengecualian syarat akademik);
  • Sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam (Persekutuan/Negeri/Berkanun dan lain-lain) secara lantikan tetap/kontrak dengan gred setara atau lebih rendah (pengisian jawatan bagi calon lantikan tetap adalah secara pertukaran sementara/peminjaman manakala calon lantikan kontrak adalah secara contract of service);
  • Bebas dari tindakan/siasatan tatatertib.

KEUTAMAAN CALON

  • Lelaki;
  • Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam penganjuran acara/majlis rasmi Kerajaan, pengurusan protokol dan istiadat.

CARA PERMOHONAN

Calon hendaklah mengemukakan resume/cv lengkap, borang permohonan, salinan sijil SPM, STPM/Diploma, salinan kad pengenalan, salinan buku perkhidmatan, dua (2) keping gambar berukuran passport, senarai tugas dan senarai semak dihantar secara pos/serahan tangan ke alamat berikut:
Seksyen Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan Istana Negara
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(U.P : Encik Guli bin Tahir)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 November 2016. Sila layari www.istananegara.gov.my untuk muat turun borang.

Nota Kerja Kosong:
Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel untuk menghadiri sesi temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan yang perlu. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon