Tuesday, October 4, 2016

Kerja Kosong TERBARU LEMBAGA TABUNG HAJI TARIKH TUTUP 19 OKTOBER 2016

Kerja Kosong terkini Lembaga Tabung Haji. Iklan Jawatanya terkini datang dari Lembaga Tabung Haji, Tabung Haji ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, LTH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau (LUTH) di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah.

VISI

TUNGGAK KEJAYAAN EKONOMI UMMAH; PENGURUSAN HAJI TERBILANG

MISI

Dalam mencapai visi TH, TH beriltizam:-
  1. Memperkasakan Ekonomi Ummah
  2. Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global Dan Lokal Bagi Pertumbuhan Berterusan
  3. Menggembleng Dan Memperkaya Modal Pendeposit
  4. Memberikan Perkhidmatan Cemerlang Yang Berterusan
  5. Memudah Dan Menyempurnakan Urusan Jemaah Ke Arah Haji Mabrur
  6. Memberi Pulangan Yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban

LATAR BELAKANG TH


Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci. Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.
Kerja Kosong Terbaru Lembaga Tabung Haji
Kerja Kosong Terbaru Lembaga Tabung Haji

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.
Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :
  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  • Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  • Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
  • Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.
  • Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.
  • Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

 Kerja Kosong TERBARU LEMBAGA TABUNG HAJI TARIKH TUTUP 19 OKTOBER 2016

SETIAUSAHA-KUALA LUMPUR

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam Pengurusan Sistem Pejabat atau kelayakan setaraf dengannya dari universiti-universiti tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan; ATAU
  • Memiliki Diploma Kesetiausahaan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau kelayakan setaraf dengannya dari universiti-universiti tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan; DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal, keperibadian terpuji, sentiasa komited, teliti dan pro-aktif;
  • Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta mahir dalam mengendalikan komputer.

PENGURUS UNIT PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-Kuala Lumpur

KELAYAKAN

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi atau kelayakan setaraf dengannya dari universiti-universiti tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan; DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang Kewangan Korporat, Perancangan Korporat dan Pengurusan;
  • Berpengalaman dalam mengendalikan SME’s;
  • Calon-calon yang mempunyai kelayakan professional akan diberi keutamaan;
  • Berkebolehan dalam menganalisa penyata kewangan, perkembangan korporat, penilaian ekuiti, mengenal pasti risiko dan menganalisa pelaburan termasuk kemahiran “financial modelling”;
  • Berpengalaman mengendalikan “Financial Due Diligence” untuk SME’s
  • Fasih dalam pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  • Mempunyai kebolehan pengurusan, kerja sepasukan, komited dan proaktif;
  • Mempunyai kebolehan dalam kepimpinan;
  • Memiliki kemahiran analitikal dan kualitatif yang kukuh;
  • Mempunyai etika kerja yang baik dan berintegriti;
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik;

PENGURUS UNIT SEKRETARIAL-KUALA LUMPUR

KELAYAKAN

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang berkaitan Pengurusan/ Pentadbiran dari Universiti-Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DAN merupakan pemegang Lesen Setiausaha Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau
  • Badan-Badan Profesional yang diiktiraf; ATAU
  • Mempunyai Ijazah Profesional ICSA; DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) tahun pengalaman mengendalikan kesetiausahaan korporat;
  • Berpengetahuan luas mengenai Akta Syarikat, 1965 dan peraturan serta kehendak badan-badan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia;
  • Mempunyai interpersonal yang cemerlang, pro aktif, berdisiplin dan motivasi tinggi dalam meningkatkan prestasi kerja;
  • Mampu bekerja di bawah seliaan yang minimum;
  • Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik; dan
  • Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan aplikasi-aplikasi Microsoft Office. 

Senarai Kerja Kosong :

  • PENGURUS KANAN UNIT SEKRETARIAL
  • PENGURUS KANAN UNIT NASIHAT KORPORAT DAN GUBALAN

CARA PERMOHONAN KERJAYA


  1. Sila kunjungi pautan berikut: http://goo.gl/q5FOty
  2. Pilih Kerjaya dimaksud
  3. Klik Apply Now 
  4. Mohonlah secara onlen
Demikian Info Kerjaya terkini semoga berfaedah.
Sumber

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon