Sunday, August 21, 2016

Kerja Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia 01 September 2016

Iklan Jawatan Kosong Terkini Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Iklan peluang terkini kami hadirkan dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dimana Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Lembaga Nanas) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu. Selaras dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Akta 105 - Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama.Pada 29 Mei 1996, Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk membubarkan Lembaga Nanas dan fungsinya dipindahkan kepada Jabatan Pertanian, FAMA dan MARDI. 
Kerja Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Perlaksanaan pembubaran dilaksanakan secara berperingkat bagi tempoh 3 tahun tertakluk kepada pembubaran Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990).Lembaga Nanas telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian pada 1 Jun 1999 bagi menyempurnakan perlaksanaan pembubaran tersebut. Kementerian Pertanian telah diberi peranan sebagai agensi peneraju bagi menyelaraskan tindakan pembubaran yang berkaitan dengan pengagihan fungsi, kakitangan, harta, tanggungan, kuasa dan perundangan Lembaga Nanas di kalangan agensi yang terlibat. Sehubungan itu, 56 kakitangan dari Bahagian Pembangunan Lembaga Nanas dipindahkan ke Seksyen Pembangunan Industri Nanas Johor, 8 kakitangan dari Bahagian Pentadbiran Lembaga Nanas telah ditukar ke Perkhidmatan Awam Negeri Johor dan 14 kakitangan dari Bahagian Merinyu dan Bahagian Perancangan dan Pembangunan Pasaran dipindahkan ke Pejabat FAMA Cawangan Johor. Seramai 22 kakitangan telah dikekalkan di Lembaga Nanas untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan sehingga proses pembubaran selesai.

Visi

"Menjadikan LPNM sebagai peneraju industri nanas di peringkat global menjelang tahun 2020."

Misi

"Memantapkan industri nanas Negara sehingga ke tahap penguasaan produk di peringkat global, melalui perkhidmatan teknikal dan bantuan fizikal ke peringkat pasaran dan pemasaran secara lebih kreatif dan inovatif."
Kini Lembaga ini membuka peluang jawatan terkini seperti berikut ini :-

Kerja Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia 01 September 2016

Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : EKONOMI
KUMPULAN PERKHIDMATAN  : PELAKSANA
GRED JAWATAN  : E19
PENEMPATAN : LAMAN NANAS, TAMAN PERTANIAN SERDANG, MAEPS, SERDANG, SELANGOR
JADUAL GAJI  : Gaji Minimum : RM 1,353.00 ,Gaji Maksimum:RM 4,005.00         

SYARAT LANTIKAN 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,353.00);
    atau
  2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
    oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,353.00);
    atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya.(Gaji Permulaan ialah pada Gred E19 : 1,409.40); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan ialah pada Gred E19 : 1,465.80);
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysiaatau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

CARA PERMOHONAN

  • Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi Kerja Kosong yang tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my
  • Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM.
  • Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut :
    1. Salinan Sijil Kelahiran
    2. Salinan Kad Pengenalan
    3. Salinan Lesen Memandu
    4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
    5. Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap - Diploma/STPM/SPM/PMR
    6. Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
    7. Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)
  • Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 01 September 2016
    Ketua Pengarah,
    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
    Wisma Nanas,
    No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
    Bandar Baru UDA,
    81200 Johor Bahru,
    JOHOR DARUL TAKZIM.
    (U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan - Unit Perkhidmatan)
Nota Kerja Kosong:
  • Tarikh Tutup Kerja Kosong: 01 September 2016
  • Penempatan : Laman Nanas, Taman Pertanian Serdang, MAEPS, Serdang, Selangor. 
MUAT TURUN Iklan Jawatan Kosong
Demikian Maklumat Kerja Kosong Kerajaan Semoga berfaedah.amin

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon