Thursday, June 23, 2016

Kerja Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 15 Julai 2016

Maklumat Jawatan / kerja kosong terkini datang dari sektor Kerajaan iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dimana syarikat kerajaan ini marupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.
Kerja Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Kerja Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.
Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyor.
Kini Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan membuka Kerja Kosong terkini seperti berikut ini :-

Kerja Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 15 Julai 2016

Kerja Kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang Kerja Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sebagai :
1. PEGAWAI UNDANG – UNDANG
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman web EAIC di www.eaic.gov.my.
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salinan Resume/ Ijazah/ Diploma/ SijilSijil/ Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
  3. Permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat; dan
  4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) bagi tempoh 3 tahun (2013, 2014 dan 2015).
  5. Permohonan hendaklah dihantar kepada:
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

NOTA Kerja Kosong


Tarikh tutup permohonan 15 Julai 2016
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

 Demikian maklumat Kerja Kosong terkini semoga berfaedah.amin

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon