Kerja Kosong Terkini UPM September 2015. Iklan Jawatanya Terkini datang dari Sektor Pendidikan yaitu UPM, Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian. Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Kerja Kosong Terkini UPM |
Universiti Pertanian Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas dan satu bahagian asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains Asasi, yang pada masa itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras dengan dasar dan keperluan Negara. Pada tahun 80-an, UPM mengembangkan bidang pengajian ke bidang Sains dan Teknologi (S&T). Pada tahun 3 April 1997, nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.
VISI
Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.
MISI
Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu
Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.
MISI
Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu
Kini UPM membuka kesempatan kerjaya seperti berikut ini :
Kerja Kosong TERKINI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM TARIKH TUTUP 18 SEPTEMBER 2015
UPM mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi 40 peluang jawatan.seperti berikut ini :
- JURU X-RAY GRED U29
- JURUFOTOGRAFI GRED B17
- JURUKUR BAHAN GRED J41
- JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19
- JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29
- JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
- JURUTERA GRED J41
- PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
- PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q43-Q53
- PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N41
- PEGAWAI PERGIGIAN GRED U41
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- PEGAWAI VETERINAR GRED G41
- PEMANDU KENDERAAN GRED H11
- PEMBANTU AWAM GRED H11
- PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H17
- PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP17
- PEMBANTU OPERASI GRED N11
- PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U17
- PEMBANTU PENERBITAN GRED N17
- PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
- PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
- PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
- PENGURUS ASRAMA GRED N41
- PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J17
- PENOLONG JURUTERA GRED JA29
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
- PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S27
- PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27
- PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C27
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
- PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G27
- PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G27
- PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S27
- PEREKA1 GRED B41
- PEREKA2 GRED B27
CARA PERMOHONAN
- Semua pemohon hendaklah MENDAFTAR DISINI sebagai pengguna terlebih dahulu;
- Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah emel yang aktif/masih diguna pakai, segala urusan mengenai permohonan jawatan akan dimaklumkan melalui emel SAHAJA.
- Anda tidak perlu menghantar cetakan borang ini dan salinan sijil-sijil kepada pihak kami.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2015 (Jumaat) .
- Hanya calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Sekiranya calon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh masa 6 bulan maka permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.
- Sila klik disini untuk maklumat jawatan yang diiklankan.-->Sila gunakan pelayar Internet Explorer 5.0 ke atas sahaja.
EmoticonEmoticon