Wednesday, August 12, 2015

Kerja Kosong SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH OGOS 2015

Kerja Kosong Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) Ogos 2015. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS. Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.
Ikalan Kerja Kosong Terkini SPAN
Ikalan Kerja Kosong Terkini SPAN

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.

VISI DAN MISI

Visi

  • Perkhidmatan Awam Negeri yang berwibawa dan serba boleh yang dapat memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Misi

  • Memilih anggota Perkhidmatan Awam yang terbaik;
  • Memastikan perkhidmatan mereka teratur; dan
  • Mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.

Fungsi-Fungsi

  1. Pelantikan;
  2. Pengesahan Jawatan;
  3. Pemberian Taraf Berpencen;
  4. Kenaikan Pangkat;
  5. Pertukaran; dan
  6. Kawalan Tatatertib anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Objektif

  • Memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan tindakan tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.
Kini SPANS membuka peluang Jawatan seperti berikut ini :-

peluang JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi peluang jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

JABATAN PERTANIAN SABAH

Nama Jawatan : Pegawai Pertanian Gred G41
Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan peluang : Lima Belas (15)
Tempat peluang : Daerah / Pusat / Stesen Pertanian Seluruh Negeri Sabah
Jadual Gaji : Gred G41 : RM1915.00 - RM8651.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN

  1. Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian atau Sains Hortikultur yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;(Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2221.37) atau Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang kimia atau biokimia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2221.37) atau Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2323.57)DAN
  2. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarafdengannya oleh kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  1. Menyelaras dan memantau pengurusan pentadbiran pejabat pertanian daerah bagi membantu mempertingkatan keupayaan perkhidmatan pengembangan dan menyokong pelaksanaan projek pembangunan pertanian
  2. Melaksana dan menyemak kurikulum dan kurikulum program Sijil Pertanian dan Sijil Vokasional Pertanian serta pengurusan pentadbiran Seksyen Latihan Vokasional Pertanian
  3. Melaksanakan program penguatkuasaan dan perlindungan tanaman bagi menghalang kemasukan perosak berbahaya dari luar ke negeri Sabah dan memastikan negeri Sabah bebas daripada perosak tumbuhan yang berbahaya
  4. Mengurus pelaksanaan program / aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti bagi memastikan agensi mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) berkaitan yang dikeluarkan dari masa kesemasa dan agensi dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.
  5.  Merancang dan menyelaras serta melaksanakan program - program pembangunan tanaman padi dan program - program galakan pengeluaran hasil padi.
  6. Melaksanakan pengurusan pentadbiran pejabat pembangunan tanaman singkat masa dan mengurus pelaksanaan projek pembangunan tanaman singkat masa.
  7. Melaksanakan program pengeluaran bahan tanaman dan kawalselia selaras dengan dasar dan objektif jabatan.
  8. Melaksanakan pengeluaran benih tanaman kontan / padi bermutu.
  9. Melaksanakan program Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu (KKPB) dan Kursus Kemahiran Keusahawanan (KKK) dalam bidang Hortikultur dan mempertingkatkan kemahiran usahawan pertanian bagi menyokong pelaksanaan projek dan program pembangunan pertanian.
  10. Merancang dan melaksana program pengembangan pertanian bagi menyampaikan teknologi pertanian terkini kepada golongan sasar.
  11. Melaksanakan pengurusan penyelenggaraan ladang tanaman, ternakan dan susunatur bahagian pengurusan di Taman Pertanian Sabah bagi mempertingkatkan pengeluaran hasil ladang dan pengurusan teknikal.
Nama Jawatan : Pegawai Penyelidik Gred Q41
Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Penyelidikan dan
Pembangunan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Tetap
Bilkangan peluang : Empat (04)
Tempat peluang : Pusat / Stesen Penyelidikan di seluruh Negeri Sabah
Jadual Gaji : Gred Q41 : RM2146.00 - RM8718.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN


  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 :RM2146.00 ); atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : RM2249.66) atau Ijazah Sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : RM2664.78) atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains daripada institusi -institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q41 : RM2976.11) DAN
  2. Lulus subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
Untuk Muat Turun Dan Syarat Permohonan Lengkap Sila Kunjungi Pautan berikut ini :
Kerja Kosong SPAN

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon