Thursday, May 14, 2015

1 Kerja Kosong DI KEMENTRIAN MITI MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY 2015

1 Kerja Kosong DI KEMENTRIAN MITI 2015. Iklan Jawatan kosong terkini datang dari MITI yang kependekan dari "MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY".  Kementerian Perdagangan dan Industri telah ditubuhkan pada April 1956 dan terletak di Pejabat Kerajaan, Jalan Raja. Kementerian itu kemudian ditukar nama kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada Februari 1972. Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah dipisahkan kepada dua Kementerian iaitu:
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); dan
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).
 Kerja Kosong Kerjaan terkini datang dari MITI dengan 1 peluang seperti berikut ini:-
Kerja Kosong MITI
Kerja Kosong MITI

PEKERJA SAMBILAN HARIAN

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
  3. Pemohon yang telah menamatkan pengajian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
    (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
    yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan;
  4. Pemohon diwajibkan membawa Sijil SPM dan transkrip Ijazah Sarjana Muda / Diploma
    bagi semester akhir yang telah disahkan oleh pihak universiti semasa menghadiri
    temuduga.

KADAR UPAH

PSH layak menerima kadar upah berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar upah adalah seperti berikut:-
  1. Ijazah Sarjana Muda - RM100.00/hari
  2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Diploma -RM72.00/hari
  3. Sijil Pelajaran Malaysia - RM54.00 /hari

CARA PERMOHONAN Kerja Kosong TERKINI

  1. Pemohon boleh mengemukakan resume terkini beserta gambar pasport secara pos atau emel.
  2. Dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan ke MITI seperti alamat di bawah:-
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
 Blok 10, Tingkat 9, Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Tuanku Abdul Halim
 50622 Kuala Lumpur
 (u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Pemohon juga boleh send resume melalui emel MITI iaitu epsh@miti.gov.my

 MAKLUMAT IMBUHAN

Tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi.
Rujukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011.
Hanya pemohon yang layak akan dihubungi melalui telefon untuk hadir ke sesi temuduga pada masa yang akan ditetapkan oleh MITI.




Artikel Terkait


EmoticonEmoticon