Thursday, November 24, 2016

Kerja Kosong TERKINI MAIWP TARIKH TUTUP 05 DISEMBER 2016

Kerja Kosong Terkini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
Kerja Kosong Terkini MAIWP
Kerja Kosong Terkini MAIWP
Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :
“Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan- peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”

Seksyen 4(1), Akta 505 pula menyatakan:-
“Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan”, untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara- perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”

Bidang kuasa MAIWP pula dijelaskan melalui Seksyen 31, Akta 505 yang menyatakan:
“Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di- Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah- Wilayah Persekutuan, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.”

OBJEKTIF

Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam. Melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.

VISI

Peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah

MISI

Merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh

SLOGAN

Memacu Kegemilangan Ummah

STRATEGI

  1. Menyediakan kemudahan pendidikan agama yang secukupnya bagi keperluan umat Islam.
  2. Menyediakan kemudahan tempat-tempat beribadat secukupnya bagi keperluan umat Islam.
  3. Meluas, meninggikan mutu perkhidmatan dan kebajikan agama.
  4. Memperluaskan kegiatan dakwah termasuk membantu dan memandu kegiatan badan-badan dakwah.
  5. Memperbanyak dan memajukan tanah-tanah wakaf.
  6. Mempertingkatkan kegiatan kutipan zakat.
  7. Menguatkuasakan segala aspek undang-undang pentadbiran agama Islam.
  8. Mempertingkatkan kegiatan ekonomi dalam bidang perniagaan, pembangunan dan pelaburan.

Kerja Kosong TERKINI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TARIKH TUTUP 05 DISEMBER 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan dipelawa untuk mengisi peluang jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan seperti berikut :-
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (GURU TADIKA ISLAM)-GRED S19 STATUS KONTRAK(2 peluang)
Nota Kerja Kosong:
Sila layari laman sesawang MAIWP: http://www.maiwp.gov.my untuk membuat permohonan melalui Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08.
1) Pemohon dikehendaki mencatatkan nama jawatan yang dipohon di Bahagian atas, sebelah kiri sampul surat.
2) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
3) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
PENGURUS
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN LABUAN
BLOK 4 TINGKAT 12C
BANGUNAN UJANA KEWANGAN
PETI SURAT 80960
87019 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
(U.P. : Unit Pentadbiran)

TARIKH TUTUP : SEBELUM ATAU PADA 5 DISEMBER 2016 (ISNIN)

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  dengannya oleh Kerajaan serta:
  • Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam,
  • Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah ; dan
  • Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
  • [Gaji Permulaan ialah pada Gred S19: RM 1,352.00]; atau
(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S19: RM 1,408.40]; atau
(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  denganya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S19: RM 1,464.80]; dan 
(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA PERMOHONAN

i. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan  Borang Perjawatan yang boleh diperolehi dengan melayari laman web MAIWP di http://www.maiwp.gov.my 
ii. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan  Salinan kad pengenalan, sijil kelahiran,  Sijil-sijil akademik bagi kelayakan yang disyaratkan dan sijil berhenti sekolah. 

  • Gambar berukuran passport
  • Resume
iii. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam,  Badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahun 2015 disertakan bersama.
iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN 

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon