Sunday, August 28, 2016

Kerja Kosong SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN 2016

Kerja Kosong Terkini SPN Kelantan. Maklumat Kerjaya terkini datang dari Sektor Kerajaan yaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.
Kerjaya terkini SPN Kelantan 2015
Kerjaya terkini SPN Kelantan 2015

Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa memastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah Am Kerajaan, Surat-surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari semasa ke semasa.

FUNGSI

Fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan di bawah Perkara 61 Fasal 9 Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri kelantan adalah meliputi perkara-perkara berikut:
  1. Pelantikan
  2. Pengesahan dalam perkhidmatan
  3. Pertukaran
  4. Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
  5. Pelanjutan tempoh percubaan
  6. Persidangan
  7. Mengubah matagaji masuk berkhidmat
  8. Rayuan kenaikan pangkat/tatatertib

MISI

Melantik penjawat awam bagi perkhidmatan Negeri Kelantan dengan cara teratur dan memastikan hanya calon-calon yang berkelulusan, berkelayakan, berkebolehan dan berkeupayaan menjalankan tugas dengan rajin, jujur, amanah, dedikasi dan komited berasaskan kepada pertimbangan yang adil dan saksama sesuai dengan pembangunan Negeri.
Menentukan segala urusan mengenai perkhidmatan Negeri berjalan dengan cepat dan kemas menerusi peraturan dan pertimbangan yang adil dan bijaksana.

VISI

Menjadi agensi peneraju dalam melantik anggota/penjawat awam yang cemerlang.
Kini Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan membuka peluang Jawatan seperti berikut :


Iklan Jawatan Kosong SPN KELANTAN 2016

Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan, dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang jawatan sebagaimana berikut:
Semakan Temuduga Pelukis Pelan Gred JA19

CARA PERMOHONAN Kerja Kosong


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon